Wednesday 26 October 2011

kini aku tinggal diasrama!(cerpen)

Bagaikan baru sahaja mendapat mimpi yang amat ngeri sekali seumur hidup Elisha Dayana.Sudah puas pipinya ditampar  dan mengharap itu adalah mimpi semata-mata dan  bukan realiti.Malangnya walau bagaimana cara pun,  ditampar pipinya dan dihantuk kepala sekali pun di dinding tidak boleh mengubah apa-apa.Elisha benci surat itu.Surat itulah bakal mengubah hidupnya.Silap dia kerana pernah memohon untuk masuk ke asrama penuh sebelum menduduki PMR dahulu, kononnya hanya suka-suka  tidak pula dia sangka keputusan PMRnya sangat cemerlang dan layak untuk masuk keasrama penuh.Tidak disangka kerana dia bakal duduk diasrama.
                “Ish.Kalau ikutkan hati aku mahu sahaja aku bakar-bakar kau surat.Sebab kaulah aku bakal hilang semua yang aku suka!”kata Elisha sambil tangannya merenyok-renyokkan surat itu.
Tok3x.Pintu bilik diketuk dari luar.Elisha cepat-cepat merapikan kembali surat yang direnyokkan itu supaya kelihatan elok.
                “Sha, boleh mama  masuk”minta Puan Wardiah kepada anaknya.
                “Masuklah mama,pintu tak kunci” jerit Elisha dari dalam bilik dan mengharapkan maamnya dengar yang dia sudah mengizinkan mamanya masuk.
Puan Wardiah melangkah masuk ke dalam bilik puteri kesayangannya,sambil matanya  melihat keadaan bilik Elisha yang tersusun rapi  dan didinding penuh dengan gambar-gambar artis kesukaannya.
                “Sha sudah siap packing barang?”
                “Dah siap sikit.Ada lagi yang belum packing lagi tapi Sha rasa sempat kot”.balas Elisha dan sedaya upaya memaksa dirinya untuk senyum dihadapan mama kerana dia tidak mahu mamanya tahu yang dia langsung tidak bersetuju sama sekali dengan permintaan papa dan mamaya.
                “Are you ok?”Tanya Puan Wardiah dengan prihatin.Dia dapat merasakan anaknya tidak gembira untuk pergi ke asrama penuh yang terletak di Melaka.
                “Ah apa dia ma?”pertanyaan di balas dengan pertanyaan
                “Tak ada apa-apalah,ok lah mama nak masuk tidur.Jangan tidur lambat sangat nanti terlewat bangun esok pagi.Esok kita kena gerak pukul 6.30 pagi. Good night”,kata Puan Wardiah sambil mengucup dahi anaknya.
                “Good night mama”balas Elisha.
Sebelum tidur, Elisha mencapai  diari kesayangannya yang diberi nama Mr Heart kerana segala-gala yang berlaku sama ada manis ataupun pahit semua dicoret dalam diari kesayangannya itu.
Mr Heart,                      17.02.2oxx
Esok mulalah hidup baru aku.Tinggal diasrama.Tidak pernah sekali pun terlintas dihati aku untuk duduk diasrama.Tapi apakan daya itu sudah kehendah mama  dan papa yang inginkan  aku duduk diasrama.Siapa aku hendak malawan mereka?Tapi boleh ke aku sesuaikan disana, dengan kewujudan lelaki lagi.Aku!Nak cakap dengan lelaki pun tidak pernah.Ish tipulah tu,tidak pernah.Pernah tapi Cuma dengan papa,driver papa,Pak Rahim dan cikgu-cikgu lelaki yabg pernah ajar aku.Itu sahajalah.Yela akukan sekolah semuanya perempuan.Aku tertanya-tanya apa yang aku dapat bila aku duduk disana? Okeylah sampai sini sahaja.
Elisha Dayana
Sesudah mencoret segala luahan isi hati.Elisha mematikan lampu tidur yang terletak di sisi katilnyalalu meletakkan kepala di atas bantal.Tidak sampai setengah minit Elisha sudah terlena.
***********************************************************************************
                Mereka keluar dari banglo mini itu tepat jam 7.00 pagi.Mereka terlewat pagi itu gara-gara Elisha kerana terlewat bangun.Subuh pun subuh gajah sahaja yang sempat dibuat oleh Elisha.Pada Elisha dia lagi suka bertolak lambat lain pula pada Puan Wardiah dan Encik Farid.
                “Elisha,kan mama dah kata semalam yang kita kena bergerak pukul 6.30 pagi, ini sudah pukul berapa dah.Mama tak tahulah sampai pukul berapa nanti”,bebel Puan Wardiah.Elisha sungguh arif kalau mamanya menggunakan perkataan Elisha maknanya mamanya sangat serius.
                “Abang rasa sampai pukul 9.00 pagi.Dari Kuala Lumpur ke Melaka ambil masa dua jam sahaja,daftar pukul berapa Sha?”Tanya Encik Farid kepada anaknya sambil tangannya ligat mengemudi kereta.
                “Err…tak silap Sha pukul 8.30 pagi kot” jawab Elisha dengan ragu-ragu.
                “Ya Allah bertuah betul budak ni,daftar pun dia tak tahu.Siap ada kot-kot lagi”marah Puan Wardiah dan Elisha hanya mampu tertunduk kerana tidak sanggup melihat ibunya yang sedang marah.
                Meraka sampai disekolah berasrama penuh tepat pada jam 9.00 pagi.Tepat jangkaan Encik Farid.Puan Wardiah yang lebih kelang-kabut berbanding Elisha.Elisha siap berlengang lagi semasa hendak pergi ke dewan utama.Encik Farid yang melihat keadaan itu hanya mampu mengeleng kepala.Perangai Elisha tidak ubah sepertinya ketika dia kecil-kecil.Betullah pepatah melayu kata bapak borek anak rintik.Sesampai sahaja di depan dewan utama. Ada beberapaorang  pelajar sekolah itu yang menjaga di meja pendaftaran.
                “Abang isi borang pendaftaran dulu,Diah nak cari tempat duduk dulu.Sha temankan papa”,kata Puan Wardiah dan bergegas untuk masuk ke dalam dewan.
                “Ok”,balas Encik Farid lalu bergerak kemeja pendaftaran dan diikuti oleh Elisha.
                “Ish papa ni, banyak lagi meja pendaftaran yang kosong, yang dijaga lelaki jugalah dia pergi”rungut Elisha didalam hati.
                “Erm silakan encik.Ambil nombor dahulu dan ambil borang ini.Borang ini boleh diisi kemudian.Boleh bagi saya surat tawaran dan borang-borang yang ada didalam surat tawaran itu.”kata pelajar lelaki sambil mencapai sampul surat  yang terkandung segala yang dikehendakinya dari tangan Elisha.
                “Pendaftaran mula pukul berapa?”Tanya Encik Farid kepada pelajar itu manakala pelajar itu sedang khusyuk membuat kerjanya terganggu dengan pertanyaan Encik Farid.
                “Pendaftaran mula pukul 8.30 pagi tadi”,balas pelajar lelaki itu.
                “Oh.Lambat setengah jam  lah pak cik ,itulah anak pakcik ni,dia boleh relax sahaja walaupun  dah tahu lambat, mama dia yang kelang-kabut.Macam mama dia yang nak masuk asrama.Lagi-lagi Elisha ini anak tunggal tu yang mama dia excited nak masukkan anaknya ke asrama.”kata Encik Farid dengan ramah sekali kepada pelajar lelaki itu.Tanpa disengaja dia sudah menceritakan serba sedikit tentang Elisha.
Muka Elisha yang putih gebu itu sudah menjadi merah.Malu,marah,sebal kerana papanya membuka cerita kepada lelaki yang dianggap orang asing padanya.Lain pula bagi pelajar lelaki itu dia hanya mampu tersenyum.Tanpa sedar pelajar lelaki itu berminat hendak berkenalan dengan Elisha yang mempunyai muka yang jelita.
**********************************************************************************
                Baru seminggu menjalani  hidup diasrama ,memang memberi  tamparan yang hebat buat Elisha Dayana Binti Farid.Sepanjang seminggu  jadual  sungguh padat dengan hari orientasi atau lebih dikenali lagi ‘hari raging’.Elisha yang baru sahaja merasa  duduk diasrama, tidak habis-habis menangis.Itulah yang mampu dia buat setiap kali rindukan mama dan papanya dirumah.Tapi tidak pula dia menangis dihadapan kawan-kawannya,Elisha sedaya-upaya memyembunyikan tangisannya daripada dilihat oleh kawan-kawannya. Dia masih ingat lagi ada satu kejadian  pada malam orientasi yang mampu menyumbangkan lagi api kebenciannya terhadap asrama.Semuanya angkara dia melarikan diri sebaik sahaja syarat yang dikenakan oleh senior lelaki itu tidak dia penuhi.
                “Boleh minta tandatangan”minta Elisha dan mengharap senior  lelaki itu menurunkan tandatangannya  tanpa menyuruh membuat itu dan ini seperti  yang dikena oleh kawan-kawannya.
                “Boleh”,jawab senior lelaki itu.Elisha hanya mengucap syukur.
                “Boleh tapi bersyarat”balas senior itu dengan muka penuh seribu satu muslihat.
                “Argh ada syarat pula”runggut Elisha didalam hati.
                “Apa syaratnya?”jawab Elisha lambat-lambat.Nampak sangat dia tidak ikhlas dengan syarat yang bakal diletakkan oleh senior itu.Apalah sangat, minta tandatangan sahaja.Ish menyampah sungguh.
                “Baca surah yasin dari ayat satu hingga ayat lima, mudah sahaja syarat saya.Ok mulakan”
                “Ah…Baca surah yasin”.kata Elisha sambil tangannya mengaru kepala yang tidak gatal.Elisha bagaikan mahu pitam sebaik sahaja syarat itu diutarakan oleh senior itu.Jujur Elisha kata dia tidak menghafal surah yasin.Walaupun bagi senior itu ayat satu hingga lima begitu mudah tidak padanya.
                “Err..emm..boleh tak awak kenakan syarat lain”
                “Tak boleh,alah baca surah yasin je.Lainlah saya suruh awak basuh baju saya selama  satu bulan.Bolehlah dipertimbangkan kalau awak nak tukar syarat”,balas lelaki itu.Tanpa Elisha sedar senior lelaki itulah yang menjaga di meja pendaftaran.
                “Err..sebenarnya..sebenarnya”.Belum sempat Elisha berkata airmatanya  sudah merembas keluar tanpa sempat dia menahan.Makin laju dan tiada tanda menunjukkan akan berhenti.
                “Eh.kenapa awak menangis?”tanpa sempat senior itu berkata Elisha sudah lari meninggalkan dewan itu.
Elisha pergi ke pondok yang disediakan dihadapan kantin itu.Kawasan itu agak sunyi memang tiada siapa yang akan lihat.Lagi-lagi pada waktu malam begini.
                “Mama.Sha rindu mama.Sha benci tinggal dekat sini.Sha tak suka.Mama, tadi ada orang suruh Sha baca surah yasin.Shamana hafal surah yasin.Mama,silap Sha dulu, mama suruh Sha mengaji macam-macam alasan Sha bagi.Tapi sekarang surah yasin pun Sha tidak hafal.Mama.Sha nak pindah,nak balik dekat sekolah lama.”rintih Elisha Dayana dalam pekat malam.Tanpa Elisha sedar,senior itu dengar rintihan Elisha yang berlindung di sebalik pokok besar yang ada disitu.Senior lelaki itu atau lebih dikenali Faiz berasa kasihan terhadap Elisha.
                “Tak patut aku buat dia macam itu,Ya Allah ampunkanlah aku”.desis Faiz.
*************************************************************************************
                Pejam celik-pejam celik sudah sebulan Elisha berada di asrama yang dianggap tidak ubah seperti penjara.Bermakna sudah sebulan juga lah di tidak pulang ke rumah dan tidak melihat wajah mama dan papanya.Walaupun sudah sebulan berada diasrama tapi Elisha tidak dapat sesuaikan diri berada disitu.Elisha benci dengan pelajar lelaki disekolah itu,Elisha benci dengan peraturan disitu.Pokoknya Elisha benci segala-galanya yang berkaitan dengan asrama dan sekolah.Lagi menaikkan api kebenciannya apabila semakin kerap dia bertembung dengan senior yang menyuruh dia membaca yasin pada malam orientasi ketika dahulu.Pergi dewan makan jumpa dia,pergi kelas jumpa dia,pergi kantin jumpa lagi nasib baik pergi tandas tidak jumpa dia.Kalau pergi tandas jumpa juga tak tahulah.
                “Assalamualaikum,Elisha”,sapa Arisa tapi sapaan itu langsung tidak memberi kesan kepada Elisha yang sedang enak mengelamun.Tangan Arisa sudah mengawang-gawang dihadapan muka Elisha.Tersentak Elisha dari lamunannya.
                “Eh.Arisa.Waalaikumusalam”.jawab Elisha.
                “Tak pergi riadah ke?”
                “Malaslah”
                “Boleh aku duduk sini”pinta Arisa.kepada Elisha.
Arisa adalah salah seorang kawan  rapat Elisha disini.Nama sahaja Arisa tapi perangai dia tidak ubah macam lelaki.Sebabkan itulah ramai lelaki tidak penah kacau dia walaupun dia mempunyai muka yang boleh dikatakan sedap mata memandang.Lain pula bagi Elisha,ada sahaja lelaki yang kacau dia.Elisha jadi rimas kerana sebelum ini mana pernah mana-mana  lelaki kacau dia.Yela dahulu dia sekolah perempuan.
                “Hobi kau ni memang suka termenung ea?”
                “Haah apa dia Arisa?”pertanyaan di balas pertanyaan oleh Elisha.
                “Just forget it, eh aku nak tanya kau.Kenapa kau tak layan si Hafiz tu,muka dia boleh dikatakan ada rupa,apa lagi yang tak cukup.Kakak senior dorm aku ada yang suka dekat dia.”
                “Alah katalah dekat kakak senior awak.Kita tak pernah pun suka dia, walaupun dia setiap hari kacau kita.Bagi suratlah,bagi coklatlah.Benda itu semua mana kita ambik kita bagi dekat si Mira.”balas Elisha tanpa rasa bersalah.
                “Wow.Baguslah kau.Aku sokong.Kenapa kau tak layan dia?”
                “Sebab mama kita cakap kita datang sini dengan satu niat iaitu belajar”perkataan belajar itu ditekankan oleh Elisha.Sebab itulah dia kena kuat mengharungi hidup disini.
                “Bagus-bagus.Aku suka kau punya niat tu.

*************************************************************************************
9 tahun kemudian….
                Kini Elisha bekerja di Universiti of Malaya sebagai kaunseling  disitu.Sedar tidak sedar usia Elisha sudak mencecah keangka 25 pada bulan April ini.Mama sibuk membuat persiapan perkahwinan Elisha yang bakal berlangsung pada akhir tahun ini. Sekarang Elisha sudah menjadi tunangan orang.Elisha sendiri tidak berminat hendak tahu siapa tunangnya yang dia tahu tunangannya adalah  dua pupu dengannya.Keluarga sebelah mama.Bagi merapatkan keluarga yang sudah jauh mereka menyatukan Elisha dengan anak mereka iaitu Faiz. Dari dulu hinggalah sekarang Elisha tidak pernah membantah kata-kata mama.Darilah masuk keasrama hinggalah hendak berkahwin.Semuanya dia setuju, bagi dia kebahagian mama kebahagian dia juga.
                Masa ditunggu-tunggukan sudah tiba.Berapa jam sahajalagi ,Elisha bakal menjadi isteri orang.Tiba-tiba hati Elisha jadi sebak kerana bakal berpisah dengan mama dan papa.Pasti dia kena ikut bakal suaminya kerana itulah tanggungjawab isteri iaitu berada disisi suami.
                “Elisha.kenapa muram ni,tak nak muram-muram.Senyum sikit.”kata Puan Wardiah kepada anaknya.
                “Tak adalah mama,Sha sedih nanti mesti susah Sha nak jumpa mama lagi”.balas Elisha dan airmatanya tanpa disengaja menitis di pipi gebu yang siap disolek oleh mak andam.
                “Eh,jangan nangis nanti tak cantik,habis make-up nanti.”kata Puan Wardiah sambil mengelap airmata anaknya.
                “Diah lelaki dah sampai.”sampuk Encik Farid kepada isterinya dan memaklumkan pengantin lelaki akan masuk kebilik untuk upacara pembatalan air sembahyang.
                “Ya allah kau letakkanlah cinta aku untuk suami aku.Sesungguhnya Ya Allah kau makbulkanlah doaku ini.”doa Elisha didalam hati.
Setelah selesai upacara pembatalan air sembahyang.Alangkah terkejutnya,  orang yang tunang dia selama ini adalah senior dia yang suruh dia membaca surah yasin itu. Elisha berasa itu semua hanyalah mimpi tapi sebenarnya realiti. Sedang dia asyik mengelamun,dia tersentak apabila terasa dirinya dipeluk dari belakang.Siapa  lagi kalau tidak suami dia.
                “Sha menungkan apa”,tanya Faiz.
                “Awak tak malu ke peluk saya, depan orang ni.Malulah sikit,kalau dah tak malu sangat just hormat saya.Saya tak suka”bisik Elisha.
                “Buat apa nak malu,Sha dah jadi isteri abang pun”.balas Faiz dan sengaja perkataan ‘abang’ tu ditekankan supaya Elisha sedar yang mereka  sudah sah menjadi suami isteri.
                Tidak lama kemudian,Puan Wardiah menberitahu ada tetamu yang datang.Elisha pantas kedepan untuk melihat siapa tetamu yang datang pada lewat malam dan paling penting dia hendak melarikan diri dari Faiz.Faiz hanya mengikut isterinya dari belakang.
“Ya allah.awak.Arisa,saya ingatkan sapalah tadi.Jemput masuk”pelawa Elisha kepada kawannya.
“Tak apalah aku datang sekejap je.Aku nak tengok muka pengantin baru ni.Amboi korang bukan nak cakap yang korang bercinta masa sekolah dulu-dulu.Tup-tup terus kahwin.”
“Malas nak heboh-heboh”usik Elisha kepada kawan rapatnya.Elisha terkejut dengan penampilan Arisa sekarang jauh berubah dari dulu.Makin cantik.
“Poyo je kau,dah kahwin ni pandai mengusik  nampak,Faiz ajar ea?Faiz hanya mampu tersenyum.
“Dahlah kau masuk lah dulu.kita berborak-borak kat dalam tak manis lah borak kat depan pintu je”
“A’aa.jomlah masuk.pelawa Faiz.
“Kejap,aku tunggu orang jap.Dia kata nak parking.Ni bukan parking ni macam buat tapak parking”
“Amboi kutuk belakang ea.”balas seorang lelaki yang baru sahaja tiba.
“Kalau tidak silap saya, awak Hafizkan,”kata Elisha dan meminta kepastian.Lelaki yang dikenali Hafiz itu hanya mengangguk.
“Lah kau Hafiz.lama tak jumpa.”balas Faiz dan mengenggam tangan isterinya.Cemburu barangkali.Elisha rasa hendak pijak sahaja kaki itu.Tapi dia sabarkan hati.Mana mungkin dia akan pijak kaki depan kawannya.
Rupa-rupanya Arisa dengan Hafiz sudah pun bertunang dan akan berkahwin pada awal tahun hadapan dan mereka bakal berhijrah ke Londan kerana Hafiz akan sambung belajar disana.Mereka pulang pada jam 11.00 malam dan mereka kata tak nak ganggu pengantin baru.FAiz hanya tersenyum lain pula Elisha.
**********************************************************************************
                Sudah setahun mereka mendirikan rumah tangga.Tidak lama lagi mereka akan menjadi ibu dan ayah.Elisha rasa sangat gembira dengan rezeki Allah olehnya kerana mempunyai suami sebaik Faiz.Faiz tidak pernah mengeluh dengan karenah Elisha sepanjang Elisha mengandung.
                “Abang,Sha nak tanya sikit”,pinta Elisha, perkataan awak-saya bertukar menjadi abang-sha.
                “Apa dia Sha,Sha nak apa-apa ke?”
                “Tak adalah,abangkenapa abang setuju masa umi abang nak satukan kita?”
                “Aik.lain macam je bunyi.kenapa Sha tak setuju ke?”
                “Tak adalah Sha pelik.yela dulu Sha mana suka abang.Bila abang lalu depan Sha mesti Sha jelling abang,nak pandang muka abang masa tu,usahkan cakap,rasa nak tumbuk je.Mesti sedikit sebanyak abang rasa Sha ni dulu bajetlah.kan?”kata Elisha sambil bermain-main dengan bantal yang dipegangnya.
                “Amboi sampai nak tumbuk.Melampaulah Sha ni.Entahlah.tapi abang rasa maybe itu cinta pandang pertama kot.”balas Faiz sambil mencuit hidung Elisha.
                ”Kalau abang nak tahu abang pun cinta pertama Sha”.
                “Abang dah tahu sebab masa dulu abang pernah dengar cerita yang Hafiz tu try ayat Sha tapi Sha tak layan.Bahagia abang masa tu”.kata Faiz dan Elisha hanya tersenyum bila cerita lama diungkit kembali.
“Abang tahu tak sape orang yang umi abang nak jodohkan tu”
“Tahu sebab umi abang ada tunjuk gambar Sha masa umi abang nak pinang Sha.Terus abang setuju sebab Allah dah makbulkan doa abang”
                “Ya allah jahatnya aku masa mula-mula kahwin dengan dia.Boleh aku suruh dia tidur dekat sofa”,rintih Elisha tanpa dia sedari airmatanya menitis keluar.
                “Eh,kenapa Sha nangis?”
                “Abang Sha minta maaf.Masa mula-mula kita kahwin Sha dingin dengan abang”
                “Alah abang tak kisah.Abang tahu mesti Sha terkejut orang yang pernah raging Sha jadi suami Sha.Abang pun nak minta maaf sebab abang raging Sha masa dulu”balas Faiz sambil memeluk Elisha.
                “Tidak kusangka selama ini yang aku rasa bagaikan mimpi benar belaka,tapi aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah kerana mengurniakan aku kehidupan yang lengkap.Aku bersyukur kau campak aku keasrama penuh yang dahulu aku benci.Kerana disitulah aku banyak mempelajari ilmu agama.Dari situlah aku mula bertudung,aku mula menghafal ayat-ayat al-quran.Dan paling penting dari situlah aku mempunyai suami yang baik”.rintih Elisha didalam hati
                “Sha sayang abang”.
                “Abang pun sayang Sha”.balas Faiz.
~tamat~
               
                               
               


               
               


               
               

No comments:

Post a Comment