Wednesday 26 October 2011

benci tanda sayang 1


BAB 1
         
            “Korang senyaplah!!! Kakak form 5 nak belajar,tahu lah dah habis PMR tak payah lah nak bising”.marah Alin yang ditugaskan sebagai ketua prep form 3B.
 Kami terus terdiam dan tersengih-sengih sesama sendiri.Tidak sampai 10 minit bilik prep sudah kembali bising. Tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan dan percikan bunga api bersebelahan asrama kami. Kami dengan jakunnya menerpa kearah cermin sambil mulut ternganga dengan perasaan keghairahan melihat bunga api. Tiba-tiba…Kami terdengar satu jeritan dari arah bawah,
” Siapa yang tengok bunga api tu, turun sekarang”,arah warden kami yang dikenali sebagai Kak Seri.
Kami dengan bangganya turun tanpa perasaan bersalah, al-maklumlah baru habis PMR, bagi kami kalau dah habis PMR boleh langgar peraturan yang ditetapkan oleh asrama.Subhanallah, apa punya tafsiranlah.Kami disuruh  berdiri menghadap jalan raya sambil menunggu bunga api yang tak kunjung tiba.Dengan perasaan malu sambil diperhatikan oleh abang lori yang kebetulan lalu dan lagu yang dimainkan dicorong radio seolah-olah memerli kami.
“pernahkah kau merasa jeng3x”,lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ungu.
Kami dengan sebulat suara menyambung “hatimu hampa”.
Abang lori dengan spontannya mengomen “peaching larilah dik”,
Kami pun tergelak seperti dunia ini kami yang punya.Tanpa kami sedari, warden berada dibelakang kami dengan pandangan yang sungguh tajam. Kami diarahkan ketuk ketampi sebanyak 50 kali sambil dikira oleh pelajar asrama yang lain.”satu,dua,tiga dan seterusnya.
“Uhh,sebaik asrama perempuan tak lah malu sangat”,bicara aku di dalam hati.
Nasib kami tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga.Selesai ‘acara ketuk ketampi’,kami pergi ke surau untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat yang lazim dilaku di asrama iaitu solat sunat taubat dan hajat.Alangkah sakitnya kaki kami ketika solat, hanya  Allah sahaja yang tahu.
            Pada keesokkan  hari, kami pergi ke sekolah seperti biasa untuk pemulangan buku teks.
“Uhh nasib baik naik van, kalau jalan kaki tak tahulah aku sampai sekolah ke tak”,kata aku kepada teman rapatku, Yana.
“Emm, taw tak pe”,balas Yana.
“Ahh, ni mesti cakap pasal semalamkan,tak patut betullah si Seri tu, suruh kita berdiri tunggu bunga api yang memang sah tak muncul-muncul”,sampuk Aty seperti machine gun.Uhh lemah semangat aku,suara bukan main kuat lagi macam nak kasi satu bangunan asrama dengar.
“E’ee, ko ni terkejut  aku lain kali bagilah salam dulu”, marah aku.
Dengan tersengih seperti kerang busuk.Aty terus memberi salam kepada kami.Dengan serentak kami menjawab salam yang dihulurkan.
“Aku rasa. Memang patut kita kena ketuk ketampi, sebab apa tau?”soal aku kepada Aty sambil mengangkat kening lagak seperti Ziana Zain.
“Kenapa pulak,weyh standardlah orang tengok bunga api tu, kalau kita buat tak tahu je,masa bunga api tu meletup.Gila namanya sesuai letak kat Tanjung Rambutan”,balas Aty yang cuba mempertahankan pendapatnya. Memang tidak dapat dinafikan apa yang dikatakan oleh Aty, orang gila sahaja tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
“Aku sokong kau, tapi kalau kita tengok sekali, mungkin tidak kena  tapi dalam kes kita ni, kita tengok sampai tolak meja, tolak kerusi, bilik prep kita dahlah letak pulak kat atas office.Ntah-ntah Kak Seri tengah buat kerja ke,tu yang dia mengamuk sakan”, balas aku kerana aku sering dipesan oleh arwah kakakku,jangan salahkan orang sebelum kita cermin diri kita dahulu.Betul tak apa yang kita buat.Sebelum kakakku meninggal,kakakku ada meninggalkan sepucuk surat sehingga kini.aku masih belum membacanya kerana kakakku pesan semasa dia terlantar di hospital supaya baca surat itu selepas aku tamat zaman persekolahanku.Apakah sebanarnya isi dalam warkah itu?
“Iman..Iman..Iman”, pekik Aty ditelingga aku.
“Subhanallah, eh kau  ni pekak juga telingga aku’, marah aku kepada Aty.
“Kau ni kenapa? Bukan main asyik lagi kau termenung, ingat kat Ikhwan ke?”
“Hmm...Tak ada pape lah,ah lagi satu jangan sebut nama dia depan aku, aku tak suka”. Kata aku sambil membuat reaksi yang sungguh menjengkelkan.
Aku tidak menafikan Ikhwan seorang yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Dia mempunyai aura  apabila dia ber jalan dihadapan perempuan  kerana  dia mempunyai wajah yang kacak dan anak orang berada. Dengan pakej yang lengkap itu,dia sering membuat perempuan perasan seolah-olah yang dia ada hati terhadap perempuan itu, kerana itulah aku langsung tidak berkenan dengan perangai dia.Teringat aku apabila dia meminta nombor telefon ku.
“Iman, saya nak nombor telefon”,minta Ikhwan kepadaku sewaktu aku berada didalam kelas dan kawan-kawan aku yang lain sudah pergi rehat dahulu.
“Emm..untuk apa ea?”Tanya aku tanpa memandang wajahnya sambil tanganku ligat mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja.
“Err..Cikgu Huda nak”,balas Ikhwan selaku ketua tingkatan.
“Ohh…03-92833911”, sesudah aku menyebut nombor rumahku. Aku berasa pelik kerana dia tidak menyalin nombor yang ku beri tadi.Tak tahulah aku kalau dia punya otak boleh save macam 8 GB.
“Eh..Kenapa awak tak salin.awak ingat ke apa yang saya cakap tadi”;
“A’aa”,jawabnya sepatah.
“Apa yang a’aa?Awak ni kenapa saya tengok macam semacam je”.
“Emm sebenarnya saya..yang nak nombor telefon awak,tapi saya nak nombor handphone bukan rumah.yang tadi tu eleh je,bukan Cikgu Huda tapi saya”,katanya sambil memandang tajam kearah ku.Ya Allah kenapa, dia pandang aku macam itu.Ish tak sukanya.
“Ohh..Nak nombor saya,sorryla saya saya tak pakai handphone lagipun saya duduk asrama”,bohong aku.Bagi aku dia nak nombor aku bukan ada benda penting pun, cume nak tambah list perempuan dekat dalam handphone dia.Ya Allah jahatnya aku…Aku sudah berkira-kira untuk pergi dari situ.
“Ehh nanti dulu.kalau awak tak ada nombor handphone pun tak apa, awak bagilah nombor rumah.at least saya dapat ngorat ibu awak dulu.baru ngorat anak dia yang memag keras hati ni”.
Ish dia ni kenapa,kena sampuk dengan hantu kak limah ke?
“Mohd Ikhwan Bin Dato Yusof,apa awak merepek ni, sedar sikit kita ni masih sekolah”.kata aku dengan tegas.
“Emm…Memang saya sedar,tapi dengan Iman Nurarissa Binti Amran,buat saya tak sedar”,balas Ikhwan dengan selamba.
“Ish.,,suka hati awak lah,malas saya nak layan”,balas aku lalu beredar dari situ.

            Pin 3x…Uhh lemah semangat aku.Tersedar aku dari lamunanku yang entah ke mana.
“Wei makcik cepatlah sikit! Along nak ambil budak lain lagi”,tempek Along yang bekerja sebagai pemandu van sekolah kami.
“sabarlah!”jerit kami sambil berlari-lari anak.Siapa tidak kenal Along yang mempunyai sedikit sifat panas baran sungguhpun begitu, dia seorang yang baik. Teringat aku, apabila kami semua tak nak pulang ke asrama awal kerana tak nak prep.Asramaku kalau balik dalm pukul 2.30 petang , kami akan prep pada pukul 3.00 petang.Sebab tak nak prep lah kami nak balik pukul 3.00 petang.Kami meminta supaya Along bawa kami berjalan-jalan di sekitar Shah Alam.Pada mulanya, Along tak setuju dengan cadangan bodoh kami. Puas kami merayu dan membodek Along.
“Along handsomelah hari ni, Along paling baik sekali dalam dunia ni,Along itu, Along ini”, bodek kami.Siapa tak cair dengan bodekan kami, nak-nak kami semua perempuan.Jahat ke kami?Tak Cuma nakal je…

No comments:

Post a Comment