Wednesday 26 October 2011

benci tanda sayang 2


              Semasa turun dari van, betapa malunya aku apabila banyak mata yang memandang kearah kami, kerana  ketika itu kami jalan tidak ubah seperti ketam berjalan.
“Iman, kenapa awak jalan terdengkut-dengkut?” Tanya Cikgu Firdaus.
“Err…tak ada cikgu. Semalam saya berjogging dengan kawan-kawan lupa pulak nak buat warming-up.Tu yang kejang sikit kaki ni” bohong aku dan Cikgu Firdaus meminta diri.
“Wei, Iman kenapa kau tipu cikgu tadi”, bisik Wani atau lebih dikenali sebagai mama.Kenapa mama?Aku rasa perwatakan dia lebih kepada mama kot…
“Alah tak apalah, tipu sunat. Malulah kita kalau aku cakap kene ketuk ketampi kat asrama.Tak pasal-pasal kena bahan dengan budak sekolah”
“A’aa..ye tak ya jugakkan”
                 Kring3x!!! Loceng sudah berbunyi.Aku dan kawan-kawan asramaku seramai 16 orang termasuk diriku pergi ke  kantin.Kami dikenali sebagai vogcess. Kami tidak ubah seperti adik beradik.Apabila aku dalam kesusahan,kesedihan  semuanya akan aku luahkan kepada mereka.Siapa lagi hendak aku luahkan, nak luahkan pada ibu bapa jauh, nak luahkan dekat siapa selain kawan-kawan aku ini. Aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya ikatan persahabatan ini kekal sehingga akhir hayat. Tiba-tiba kami terdengar seperti nangka busuk jatuh. Gedebub!!! Kami melihat punca bunyi itu, rupa-rupanya Farah terjatuh ke dalam longkang nasib baik insiden ini hanya dilihat oleh kami dan Ustaz Asmadi. Muka Farah ketika itu tidak ubah seperti udang kena bakar. Malu habis…
“Awak okey tak?” Tanya Ustaz Asmadi.
“Ooo…key ustaz, sikit je ni”, jawab Farah sambil tersipu malu.
“Oh…Kalau macam itu tidak apalah, saya minta diri dulu”
Tidak sampai beberapa langkah ustaz beredar, kami terus bantai ketawa.
“Hmm…malunya”,kata Farah dengan muka yang sudah merah menahan malu. Habis baju sekolah Farah  yang kotor akibat terkena percikkan air longkang.
“Weyh, Farah baju kau kotorlah”, kata aku.
“Yeke!!! Alah macam mana ni?”
“Tak pe…Aku tolong kau bersihkan,weyh  korang, kalau nak pergi kantin, pergilah dulu.Aku nak temankan Farah pergi toilet”,kata aku kepada kawan-kawanku yang lain.
Sesampai di tandas aku menolong Farah membasuh bajunya. Mujurlah cuaca agak panas lebih mudahlah bajunya hendak kering. Jam sudah menginjak ke angka 10.30 a.m maka tamatlah sudah waktu rehat kami yang menghadkan 15 minit sahaja.
“Iman sorry la, sebab aku, kau tak dapat makan”,kata Farah sambil menayangkan muka 5 sen.
“Alah relax la, small matter la, kau tak nak rasa bersalah cukuplah kau belanja aku makan ABC”
“Boleh, balik ni kita pergi food court depan sekolah”
“Yeke, eh aku gurau je”
“Tak pe, aku memang nak belanja kau pon”
                 Kami melangkah masuk ke dalam kelas 3 Bestari iaitu kelas nombor dua daripada tujuh kelas. Tidak lama kemudian Cikgu Hashimah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar diam kerana Cikgu Hashimah mempunyai aura yang boleh mengetarkan urat sendi pelajar. Cikgu Hashimah seorang cikgu yang sangat tegas. Hitam katanya hitamlah. Beliau seorang sahaja yang berani menegur dan merotan pelajar yang melanggar disiplin sekolah walaupun kebanyakkan pelajar sekolah itu datangnya daripada keluarga yang berada, ada anak dato’ , tan sri tidak kurang juga anak usahawan dan selebriti yang terkenal.Teringat aku, apabila Cikgu Hashimah merotan seorang pelajar lelaki kerana pelajar itu didapati merokok di kawasan sekolah. Beliau menelefon orang tua pelajar itu supaya datang ke sekolah bagi memberitahu apa kesalahan yang telah dibuat oleh pelajar tersebut. Sangkaan beliau meleset apabila ibu kepada pelajar itu memarahi beliau kerana katanya apa yang diberitahu adalah fitnah semata.
“Cikgu tak patut tuduh anak saya macam ini, cikgu jenis apa ni? Tuduh anak saya merokok, cikgu ingat saya akan berdiam sahaja. Sekarang saya mahu jumpa pengetua sekolah dan saya akan pastikan cikgu akan hilang pekerjaan”, kata ibu pelajar itu dengan bongkah dan sombong sekali. Siapa tidak kenal pada Datin Sri Faridah yang kuat pengaruhnya di Bandar metropolin ini.
“Ya. Saya faham perasaan datin, ibu mana yang boleh terima kalau anaknya membuat kesalahan yang tidak pernah dijangka oleh seorang ibu. Kita percaya yang anak kita pergi ke sekolah untuk belajar tapi mereka mengkhianati kepercayaan kita. Saya ada anak, datin pun ada anak. Saya mahu orang lain menegur anak saya apabila anak saya melakukan kesalahan seperti mana saya menegur anak datin sekarang”, balas Cikgu Hashimah dengan tenang sekali.
“So…cikgu masih menuduh anak saya. Cikgu tak sayang pada pekerjaan cikgu apa? Cikgu untuk makluman cikgu anak saya tak akan buat benda-benda yang tak elok.Ayahnya tidak merokok macam mana dia mahu merokok, pegang rokok pun tak reti inikan pulak hendak merokok”
“Saya memang sayang pada pekerjaan saya tapi saya lebih sayang pada anak didik saya, kalau datin masih tidak percaya, datin tanyalah sendiri pada anak datin”
“Faiz betul ke apa yang cikgu beritahu pada mummy?” kata Datin Sri Faridah dengan lembut sekali.
Aku yang turut berada di situ, selaku pengawas sekolah bahagian disiplin mahu sahaja aku menengking datin ini. Sudahlah menuduh cikgu menfitnah anaknya, sampai sahaja dekat anak, bukan main lembut lagi. Pijak semut pun pun tak mati. Mana anak tu tak jahat.
“Err betul mummy”, jawab Faiz dengan muka yang bersalah.
“Faiz jangan nak tipu mummy, cakap betul-betul dengan mummy yang Faiz tak merokok, Faiz tak payah nak selamat cikgu tak guna seperti ini, banyak lagi cikgu yang lebih bagus”
“Betul mummy! Faiz merokok”,jawab Faiz dengan tegas. Aku berasa sedikit kagum dengannya kerana berani mengaku  salah.
“Ehh cikgu, bagaimana cikgu didik anak murid  ah!!! Sampai anak saya pandai merokok?” tengking Datin Sri Faridah.
“Mummy tak payah nak marah cikgu, sekarang ni Faiz rasa mummy yang salah! Mummy nak tahu kenapa? Selama ini, ada mummy fikir perasaan Faiz, yang mummy tahu bagi duit, harta tapi mummy lupa kasih sayang. Faiz bangun tidur mana mummy pergi, yang mummy tahu Cuma sediakan duit. Itu sahaja. Mummy tak pernah nak tanya Faiz , sekolah bagaimana? Faiz sihat ke tidak? Faiz kawan dengan siapa? Yang mummy tanya duit cukup ke tidak. Sekarang ni Faiz malu tengok perangai mummy. Faiz maluuu tahu!!!” kata Faiz sambil berlinang air matanya lalu lari meninggalkan kami. Selepas kejadian itu, Faiz pindah dari sekolah.
“Iman!Iman! Iman Nurarissa Binti Amran” panggil Cikgu Hashimah.
“Ya, saya cikgu”, kata aku sambil tertunduk malu. Hilang terus peristiwa itu.
“Dah berangan sampai ke mana?” Tanya cikgu Hashimah kepada aku.
Aku hanya tersengih malu sambil diperhatikan oleh rakan-rakan sekelasku.Masyaallha malunya…
“Iman mari sini, saya mahu minta tolong boleh?”
“Boleh cikgu”
“Awak pergi setiap kelas tingkatan 3, tanya pada mereka, siapa  yang mahu ikut serta Perkhemahan Perdana”, arah Cikgu Hashimah.
“Baik cikgu”. Belum sempat aku membuka langkah. Ikhwan baru sahaja masuk ke dalam kelas dan terus menuju je arah meja guru.
“Cikgu, saya minta maaf kerana lambat masuk kelas”
“kenapa lambat?”
“Emm...pergi tandas tadi”,
“Emm.. sebagai denda, awak temankan Iman”, arah Cikgu Hashimah dengan suara yang tegas.
“Err..cikgu tak apalah, saya boleh pergi sendiri”, balas aku dengan niat di hati cikgu terima apa yang aku minta. Sangkaanku melesat apabila cikgu tidak menghiraukan permintaanku.
             Dengan berat hati, aku dengan Ikhwan keluar dari kelas. Tadi aku rasa seronok untuk pergi, sekarang aku rasa malas hendak pergi. Lagi-lagi kena jalan dengan dia. Ya Allah tak sukanya.
“Iman lajunya jalan, tak larilah kelas-kelas tu”, kata Ikhwan sambil cuba menyaingi pergerakkanku yang agak  laju.
“Memang aku jalan laju sebab aku tak nak jalan dengan kaulah” suara itu hanya mampu kuluahkan di dalan hati kecilku.
“Dosakah aku menyukaimu….
Mendampingimu…inginkanmu….
Aku menjadi…Mohd Ikhwan…
Tak peduli…apa kata orang…
Ku nanti hari ketika
Cinta datang …untuk Iman”nyanyi Ikhwan dengan penuh perasaan.
“Emm..suara dia  ni boleh tahan juga”kata aku didalam hati.Tapi selamba dia je, main tukar lirik lagu. Buatnya kumpulan Nidji dengar, ish tak dapat ku bayangkan. Bagi aku ,kalau dia tak nyanyi lagi bagus kot.Ketika itu, aku hamper tergelak tapi sedaya upaya aku cuba tahan supaya dia tidak perasaan.Tapi….
“Yes!”katanya
“Apa yang yes?”Tanya aku sambil mengerut dahi tanda pelik.
“Saya berjaya”
“Sudah berjaya pulak.Apalah dia ni merepek..”bicara aku didalam hati.
“Saya berjaya buat awak tersenyum”
“Awak tak payah nak buat saya tersenyum pun, saya boleh senyumlah tapi bukan dengan awaklah”
“kalau Iman senyum tanpa sebab. Saya kena hantar Iman pergi TR atau lebih dikenali sebagai Tanjung Rambutan.
“Saya lebih rela masuk situ dari menghadap muka awak, at least saya taklah sakit hati”, balas aku lalu masuk ke kelas 3 Amanah dengan diikuti kelas-kelas berikutnya untuk memberitahu pasal perkhemahan perdana yang diadakan pada hujung minggu hadapan di Hulu Langat.
         Sesampai di kelas 3 Amanah, aku meminta izin kepada cikgu untuk memberitahu tentanh itu.
“Assalamualaikum, di sini terdapat satu perkhemahan yang diadakan bla…bla..bla…sesiapa yang mahu ikut serta sila bagi nama sekaramg.
“Iman, kau pergi tak?” Tanya Athierah kepada aku.Athiera adalah salah seorang ahli kumpulan kami.
“Pergi kot, lagipun camp ni boleh isi masa kita sementara nak tunggu balik kampung”,balas aku.
“Kau rasa, Pn Jamaliah bagi tak?Pn jamaliah yang dimaksudkan oleh Athiera adalah pengurus asrama kami.
“Insyaallah,yelah sekarangkan dah habis PMR, mana ada tuisyen lagi, kalau prep masing –masing main snooker atau lebih tepat lagi tidur”
“A’aalah, okehlah jom kita semua pergi,ahh baru gempak, kita seorangkan ibarat 10 orang, kalau semua pergi , uhh tak dapat kugambarkan”kata Athiera sambil membuat mimic muka yang sungguh teruja.

No comments:

Post a Comment