Wednesday 26 October 2011

benci tanda sayang 4


Bab 4
            Sedang asyik melayan perasaan di pinggir sungai,aku dikejutkan dengan suara yang sungguh asing dipendengaranku lalu aku menoleh untuk tahu siapa gerangan suara itu.
            “Assalamualaikum,boleh saya duduk kat sini?”pinta lelaki itu.Kalau dilihat dari ekor mataku lelaki ini mungkin masih sekolah sepertiku.Tapi tidak pula aku tahu umurnya berapa.
            “Waalaikumusalam”jawab aku didalam hati salam yang diberi tadi.Pantas aku menutup diariku dan berkira-kira untuk beredar dari situ.Bukan boleh percaya orang pada zaman sekarang ini.Nampak sahaja baik dalam hati kita tak tahu.
            “Eh, nanti dulu saya cuma mahu berborak kosong sahaja tak  ada niat jahat pun.Sungguh”Kata lelaki itu  dan cuba menyakinkan aku.
            “minta maaf saya kena pergi dahulu”lalu beredar dari situ.
            “Nama saya Ilham Zafran…”nama lelaki itu sahaja yang sempat ditangkap dipendengaranku.
            “Tak nak tahu pun”ngomel aku seorang diri tapi ngomolan aku sempat didengari oleh Ikhwan yang kebetulan berselisih dengan aku.
            “Apa yang tak nak tahu ni”tanya Ikhwan sambil mengangkat keningnya tanda ingin tahu.
            “Uhh, aku ni umpama keluar mulut harimau masuk mulut buaya”,desis aku didalam hati.Tanpa melayan soalan Ikhwan aku terus beredar.Bukan nak menyombong tapi aku kurang senang duduk berdua dengan lelaki.Bagi aku akan menimbulkan syak wasangka yang kurang enak.
****************************************************************************
            Lelaki itu yang lebih dikenali sebagai Ilham Zafran duduk ditempat yang baru sahaja dikosongkan oleh Iman.
            “Kenapa aku macam pernah nampak dia,kenapa muka dia sama dengan Sya, cara dia jalan, cara dia tak nak layan aku.Kenapa semua itu mirip Sya.Ya Allah ujian apa yang kau berikan kepadaku.Saat aku hendak melupakan Sya,orang yang mirip Sya kau kirimkan kepadaku.Kalau ini ketentuan_Mu aku redha”kata ILham didalam hati sambil meraup rambutnya kebelakng.
            “Oit,termenung apa ah”,sapa Seleha yang dari tadi dia nampak kejadian yang Ilham mahu menegur seorang perempuan tapi tidak diendahkan oleh perempuan itu.Seleha jadi kagum dengan perempuan itu kerana tidak langsung melayan Ilham sedangkan Ilham boleh dikatakan  lelaki yang ada rupa. Jauh disudut hati Saleha,Saleha bahagia kerana budak itu tidak melayan Ilham.Kalau tidak dia rasa dia mempunyai saingan.
            “Ya Allah Leha,cuba tegur orang cara berhikmah sikit,terkejut abang.Buatnya abang ada sakit jantung.Mati terkojol abang tak sempat nak mengucap.”kata Ilham kepada Saleha anak penguasaha camping itu iaitu Pak Wan.Saleha baru sahaja tingkatan 1.Jadi Ilham sudah menganggap Saleha seperti adiknya.
            “sorry.Assalamualaikum” balas Saleha sambil tersengih.
            “Ah,waalaikumusalam.Ni kenapa cari abang ni?”
            “Saja je”
            “Leha tak tolong mak ke?”
            “Dah,ah lupa pula Leha nak cakap.Ayah minta abang tolong dia untuk Night Walking malam ni”
            “Night Walking?”tanya Ilham dengan muka yang penuh tanda tanya.
            “Alah Night Walking la abang,budak sekolah yang camp kat sini tu, Malam ni diaorang ada aktiviti Night Walking”
            “Oh.ok”kata Ilham yang setuju menolong Pak Wan dalam mengendalikan aktiviti Night Walking.
           
            Aktiviti Night Walking akan dijalankan pada jam 12.00 p.m.Semua pelajar berehat di khemah masing-masing sementara mahu menunggu masa menginjak ke angka 12 p.m.
            “Iman sekarang pukul berapa?”tanya Atie kepadaku.
            “Emm.Pukul 10.30”, balas aku sambil melihat jam tanganku.
            “Kalau macam itu, aku nak tidur pukul 11.45 nanti, kau kejutkan aku” kata Atie sambil meletakkan kepalanya dibantal.
            “Ehh tak adil,kitaorang pun nak tidur juga.”balas Farah.Inilah budak asrama pantang ada masa pasti akan disi dengan benda yang paling berfaedah bagi kami iaitu tidur.Tidak ketinggalan aku juga begitu.
            “Kalau macam itu,kita semua tidur.Baru fair and square”, balas Athiera.
Kami pun serentak meletakkan kepala di beg masing-masing yang dijadikan sebagai  bantal.
            “Ah jangan lupa kunci jam..”tanpa sempat Yana menghabiskan kata ,kami sudah pun terlelap.
Aku tersedar dari tidur lantas aku melihat jam tanganku.Apa sudah pukul 12.00 p.m.Dengan kelang-kabut aku mengejutkan kawan-kawanku.Malangnya mereka masih enak dibuai mimpi.
            “Atie,Thiera,Yana, Farah, bangun!Dah pukul 12.00”jerit aku kepada mereka.Mereka serentak mengangkat kepala seperti baru sahaja menerima renjatan elektrik.
            “Alah baru pukul 12.00”,balas Atie yang memang dikenali sikap yang relax.Lain pula bagi Athiera,Yana dan Farah.Mereka serentak bangun dan mengelabah menyarungkan tudung dikepala masing-masing.Atie turutkan jua apabila dia melihat orang semua sudah pun bersiap.
            Kami tiba ditapak perhimpunan pada jam 12.15p.m.Ketika itu Pak Wan sedang memberi sedikit taklimah, semua mata memandang kearah kami.Sebaik  sahaja kami hendak melabuhkan punggung, Pak Wan memanggil kami.Habis mati!
            “Mari tampil kehadapan  lima orang yang lambat itu”panggil Pak Wan.Kami berlima dengan perasaan malu pergi kehadapan.
            “Kenapa lambat?”
            “Err..”belum sempat aku menghabiskan percakapan Pak Wan memotong percakapan aku.
            “Awak berlima,kena jalan dahulu dan saya akan melepaskan seorang demi seorang dengan jarak 50m,Faham!”
            “Faham.”balas kami serentak lalu melangkah dengan lemah dan duduk ditempat yang disediakan.
Pak Wan meneruskan semula taklimatnya yang tertangguh akibat kami.Aku mendengar ada orang yang berbisik-bisik apabila melihat kami dikenakan ‘hukuman’ oleh Pak Wan.Tidak tahu pula butir yang dikatakan oleh mereka.
            “Tak patut betul la orang tua tu”, rungut  Atie.
            “Atie cakap elok sikit, kita dekat tempat orang”, balas aku.
Seperti yang dikatakan oleh Pak Wan, kami berlima dilepaskan dahulu daripada pelajar-pelajar yang lain.Paling malang lagi kami dilepaskan seorang demi seorang manakala pelajar lain dilepaskan berpasang-pasangan.Menimbulkan rasa tidak puas hati di hati kami berlima.
Sepanjang aktiviti Night Walking,mulut aku tidak henti-henti berzikir.Bila dalam kesusahan barulah ingat hendak berzikir.Akulah oarng itu. Aku sengaja berjalan lambat-lambat dengan harapan hendak menunggu pelajar  yang ada dibelakang aku yang hanya berjarak 50 m dari aku.Antara kami berlima akulah orang yang paling akhir dilepaskan oleh Pak Wan. Tiba-tiba aku diterpa oleh ‘seseorang’.
            “Subhanallah”terkejut Iman lalu mengurut dada dan cuba menenangkan dirinya yang terkejut.
            “Iman. I lah Kirana.I Nampak u.Terus I lari sebab I nak temankan u.Kesian u kena jalan sorang-sorang kan Qasrina”kata Kirana kepada Qasrina dengan suara yang bersimpati terhadap nasib Iman.
            “Apa? Awak lari Kirana.Bahaya tahu.Thanks sebab susah payah awak berlari semata-mata nak temankan saya.”kata aku.Jauh disudut hati aku,aku meragui keikhlasan Kirana, cepat-cepat aku singkirkan perassan itu.
Kami bertiga berjalan seiringan.Kini aku tidak takut sangat kerana aku sudah mempunyai kawan tapi aku berasa tidak adil kerana kawan-kawan aku yang kena denda masih berjalan seorang-seorang.Aku? Tiba-tiba, Kirana mengaduh kesakitan.
            “Auch.Iman tolong I, kaki I kejang”,ngadu Kirana lalu terjelepok di tanah.Aku mula mengelabah.Nasib baik aku tahu macam mana nak elokkan kaki yang kejang kerana aku juga sering kena kejang setiap kali bangun dari tidur.
            “Awak luruskan kaki awak.Saya tolak ibu jari kaki awak perlahan-lahan.”,kata aku sambil mencangkung dan menolak perlahan-lahan ibu jari kaki Kirana.
            “Dah-dah.I rasa dah ok sikit”,kata Kirana.
Aku pelik, tidak ada orang ke yang akan jaga masa kami menjalankan aktiviti ini.Kalau ada mesti dia sudah ada untuk tolong Kirana.Barangkali dia sudah mempunyai tempat-tempat yang sudah  ditetapkan oleh Pak Wan untuk mengawasi kami.Kirana lalu bangkit, aku masih mencangkung tanpa diduga,Kirana menolak bahu aku.Tanpa sempat aku mengimbangkan badan aku terjatuh dan aku merasa kepalaku seperti terhantuk pada objek yang begitu keras lalu aku meraba kepalaku.Aku merasa ada cecair keluar dari kepalaku dan dunia aku sudah bertukar menjadi gelap gelita.Sempat aku menangkap kata-kata Kirana yang memang memendam dendam dengan aku.










No comments:

Post a Comment