Wednesday 26 October 2011

benci tanda sayang 5



                “Ibu..ibu…ibu.Tolong Iman..Ibu!”aku terasa bahuku seperti dikejutkan oleh seseorang. Aku membuka kelopak mata perlahan-lahan dan aku rasa kepalaku berdenyut-denyut  lantas aku memejamkan mata semula.
                “Iman,ni aku Yana”,kata Yana lalu mengelap peluh yang terbit di atas dahiku.
                “Yana,aku pening”,ngadu aku.
Yana mengambil minyak cap kapak.Terus menyapukan di kepalaku.Akhirnya aku tertidur semula.Selepas beberapa jam aku terjaga dari tidur.Yana lalu menerpa kearahku.
                “Iman,Alhamdulillah,kau dah sedar”
                “Yana,tadi aku mimpi buruk,aku nak balik.Aku nak jumpa ibu”
                “Sekarang kita masih dekat camp, kita balik esok”
                “Aku kat mana ni?”tanya aku sambil aku bangkit dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.Aku berasa tempat ini terlalu asing di mataku. Mata aku meliar memerhatikan segenap ruang bilik yang aku diami ini.Tiba-tiba mata aku terjatuh pada beberapa orang yang juga ada didalam bilik iaitu Cikgu Zarina,seorang lelaki dan seorang mak cik yang mungkin seusia ibuku.
                “Kau dekat rumah Pak Wan,kau semalam..”belum sempat Yana meneruskan kata, aku memotong percakapannya.
                “Yana,mana tudung aku?”baru aku perasan ada seorang yang bukan muhrim didalam bilik ini.Tidak silap aku lelaki ini, yang tegur aku masa dekat pinggir sungai.Tapi aku ingat-ingat lupa muka dia.Yana tidak banyak tanya lalu menyarungkan tudung di kepala aku.
                “Thanks”, kata aku kepada Yana.
                “Welcome.Sakit-sakit pun masih berkeras nak bertudung.Dahlah luka kau tu dekat kepala”, bisik Yana.
                “Tak ada alasan nak kasi orang bukan muhrim tengok rambut aku.Kalau nak tengok biarlah yang halal dengan aku”,bisik aku ditelingga Yana.Khuatir ada orang yang terasa.
Cikgu Zarina mencelah perbualan aku dengan Yana.Cikgu Zarina tidak membenarkan aku menyertai camp ini.Cikgu Zarina menyuruh aku tinggal di rumah Pak Wan sehingga tamat camp ini, bermakna aku akan mati kebosanan.Apa-apa cara sekali pun aku harus mencari  helah supaya aku tidak duduk di rumah Pak Wan yang garang ini.
                “Cikgu,saya rasa saya dah ok.Saya nak ikut aktiviti camp.Boleh tak cikgu?”pinta aku dengan suara yang teragak-agak.
                “Tidak boleh Iman, awak kena juga tinggal disini sebab sekarang awak di bawah tanggungjawab sekolah.Jadi awak kena ikut apa yang saya cakap”.balas Cikgu Zarina.
                “Tapi…”
                “Tak ada tapi-tapi.Awak kena duduk dirumah Pak Wan sehingga habis camp ini”Aku akur dengan  keputusan yang dibuat.
                “Iman,aku pergi dululah”celah Yana sambil meminta izin untuk mengundurkan diri .
Sebelum dia pergi sempat dia membisik  ditelinggaku  yang budak lelaki itu tidak habis-habis mencuri pandang ke arahku.Aku langsung tidak mengambil pusing soal lelaki itu, yang aku sedang memikirkan adalah bagaimana hendak mengenakan Kirana.Bukan jahat tapi aku mahu Kirana mendapat pengajaran keatas perbuatannya.

                Seperti yang sudah aku jangka, aku mati kebosanan sepanjang berada dirumah Pak Wan.Dengan perasaan yang begitu asing apabila berada dirumah orang yang memang kita tidak kenal membuatkan aku merasakan masa  seperti mengejekku.Aku merasa masa yang aku lalui seperti lambat bergerak.Uhh!!! Dengan lemah aku keluar dari bilik dan melangkah kedapur untuk membasahkan tekak.
                “Eh, kenapa keluar,anak tak sihat lagi?”sapa seorang makcik yang tidak aku ketahui siapa namanya.
                “Saya nak minum air mak cik,” pinta aku dengan suara yang takut-takut.
                “Alah mak cik boleh tolong ambilkan,panggil sahaja”
                “Eh.Tak apalah makcik saya boleh jalan lagi.Susahkan makcik je”
                “Tak ada susah la,” balas makcik itu sambil menghulurkan segelas air kepadaku.
                “terima kasih makcik” lalu aku mengambil air yang dihulurkan.
                “Mak cik buat apa?”
                “Mak cik masak untuk camp kamu tu la”
                “Boleh saya tolong, bosan lah duduk dekat dalam bilik.Tak ada buat apa-apa,” kata aku sambil mendekati makcik itu yang sedang menyiang sayur lantas dihalang oleh mak cik itu.
                “Eh.Jangan!Tak apa biar mak cik buat.Nanti marah cikgu kamu”,
                “alah tak apa, cikgu tak nampak pun”, kata aku sambil mengambil sayur yang ada di dalam besen lalu menyiang.Mak cik itu hanya mampu mengeleng melihat tingkah laku  aku yang boleh dikatakan degil.
                “Nama siapa?”
                “Iman Nurarissa..panggil je Iman.Kalau nak comel lagi panggil Aissa”, gurau aku.Mak cik itu lalu tergelak.
                “Bapak Iman kerja apa?”
                “Baba pensyarah”,
                “Mak?”
                “Ibu, kerja cikgu mengajar dekat  sekolah menegah” perbualan kami diganggu oleh satu suara yang memberi salam kepada kami.Aku menjawab salamnya di dalam hati.
                “Mak Cik Senah, Pak Wan nak pinggan” kata lelaki itu kepada Mak cik itu.
                “Kejap, Ilham kau pergi ambil dekat cabinet bawah tu”, arah Mak cik Senah.Lelaki yang dipanggil Ilham itu hanya menurut.
                “Mak Cik pinggan yang mana satu nak diambil?”tanya Ilham.
Mak cik Senah mendekati Ilham dan mengambil pinggan yang dikehendaki oleh Pak Wan.Tapi pinggan itu terlalu banyak  lalu Mak Cik Senah pun turut mengangkat pinggan-pinggan itu untuk dibawa ke tempat camping sekolah aku.Aku yang melihat tidak sampai hati untuk membiarkan Mak Cik Senah mengangkat pinggan-pinggan lalu meminta untuk menolong.Sekaligus dapat aku berjumpa dengan  kawan-kawan aku.
                “Mak cik biar Iman tolong”,
                “Ehh kamu ni, tak reti duduk diam,ada sahaja benda hendak dibuat”,
                “Alah boleh la mak cik”rayu aku sambil menunjukkan muka seposen.
                “Yela.Tapi kalau cikgu marah mak cik tak tanggung.Jaga diri elok-elok”.
Bahagianya aku apabila Mak Cik Senah membenarkan aku menolongnya.Tanpa disengaja aku meluru kearah mak cik Senah lalu memeluknya,aku merasakan Mak Cik Senah tidak ubah seperti ibuku.Bahagianya aku kerana aku dapat  berjumpa dengan  kawan-kawan aku.Dalam masa yang sama aku mahu berjumpa dengan Kirana.Angkara dialah aku tidak dapat mengikuti  aktiviti camping dan terpaksa  duduk dirumah Pak Wan.Bukan mahu menyalahkan takdir cuba mahu beri pengajaran pada Kirana.Cepat-cepat aku mengambil pinggan yang ada didalam cabinet itu dan melangkah keluar dari rumah.Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada Mak Cik Senah.Aku berjalan agak laju berbanding lelaki itu yang dikenali sebagai Ilham.
                “Nama saya Ilham”, kata lelaki itu dan cuba menyaingi pergerakan aku.
                “Tak nak tahu”, bisik aku lalu aku jalan lebih  pantas berbanding sebelumnya.Tiba-tiba kaki aku tersadung pada akar pokok yang ada disitu.Subhanaallah malunya.Aku terlepas pinggan-pinggan yang ada di tanggan aku.Mujurlah pinggan plastic kalau kaca.Argh tak dapat aku bayangkan.Ilham terus membantu aku.Dia mengutip pinggan-pinggan yang terjatuh itu.Aku dapat melihat mukanya seprti orang tengah menahan gelak. Sabar Iman.Salah kau juga.Sedaya upaya aku cuba menenangkan diriku.
                “Tulah orang kata,kawan biar beribu,musuh jangan dicari”bisik laleki itu sambil menolong aku mengutip pinggan-pinggan yang terabur itu.
                “Tak apa saya boleh buat.Saya pun tak nak cari kawan dan tak nak cari musuh.Tapi kalau awak dah start dulu.Awak kot musuh pertama saya.Thanks sebab jadi musuh saya”, balas aku sambil mengutip pinggan-pinggan itu lalu bangkit.
Akibat dari kejadian itu,aku terpaksa membasuh pinggan-pinggan yang telah aku jatuhkan itu.Tidak kisah sangat.Alah basuh pinggan tu hal kecil saja, yang hal besar sekarang aku terpaksa basuh pinggan dengan mamat senget ni.Ya Allah…
                “Iman!” tersentak aku dari lamunan.Aku menoleh kepada suara itu dan langsung tidak ambil pusing dengan kehadiran Ilham.
                “Ya Allah!Atie!Rindu kau”, kata aku lalu bangkit dan meluru kearah Atie.Perbuatan aku tersekat apabila ada suara yang berkata..
                “Buat kerja sampai habis!Nanti nak kawin pun tersekat”, kata Ilham lagak seperti ditaktor.
                “Ya Allah,bajetnya mamat ni.Dia tu sape.Nak arah aku..”bisik aku didalam hati sambil duduk balik di tempat aku membasuh pinggan.Paling malang lagi, kawan aku bukan nak backup kawan dia. Boleh pula si Atie ni bantai ketawa.
                “Atie lepas aku habis basuh pinggan ni.Aku ada hutang nak langsaikan kat kau”, kata aku sengaja perkataan ‘habis basuh pinggan’ aku tekankan.
                “Yela, kiteorang lepas ni nak pergi jungle trekking pula, kalau sempat jumpa la ea”,kata Atie lalu meminta diri.
                “ok, aku nak basuh pinggan ni cepat-cepat.Comfirm aku sempat jumpa”balas aku.Ilham hanya mengeleng melihat aku.
                “Ya Allah, kenapa dia letak sabun banyak sangat,nak bilas je pun”desis aku didalam hati.
                “Kenapa letak sabun banyak-banyak, susahlah nak bilas” kata aku dan memecah kesunyian antara aku dan Ilham.
                “Sengaja” balas Ilham tanpa ada riak bersalah.
                “Oh.Hobi ea  main sabun banyak-banyak ni”, peril aku.
                “Haah hobi.”
Sudah habis pinggan dicuci, aku dengan ‘tidak sengaja’ menolak besen yang dipenuhi dengan air sabun itu dan dengan ‘tidak sengaja’ juga terkena pada Ilham.Hahaha.Puas hati aku.Ni balasan kalau orang nak jadi musuh aku.Aku terus beredar dari situ dan melangkah kearah kawan-kawanku.Mujur diaorang tidak pergi lagi.Aku tidak tahu apa sudah jadi pada Ilham.
                “Korang.Macam mana camping?”tanya aku kepada kawan-kawanku.
                “Oklah.tapi kalau cukup 16 orang lagi best kot.Ni kau tak ada rasa tak cukup kumpulan kita”,kata Pika.
                “Alah.tak jejas pun.kita seorang kan ibarat 10 orang”, balas aku.Kawan-kawan aku mengiyakan apa yang aku cakap.
                “Iman!Ikhwan risau gila kat kau”, kata Zafirah.
                “Alah tak payah lah cakap pasal dia.Ah lupa pula aku nak jumpa dengan Kiranalah”
                “kenapa?”tanya mereke serentak.
                “Adalah, Yana kau teman aku boleh?”pinta aku.Yana terus sahaja bersetuju.
Aku dan Yana mengatur langkah pergi ke khemah Kirana.Aku melihat mereka sedang rancak berborak.Aku terdengar nama aku disebut dalam perbualan mereka.
                “Hye Kirana.”sapa aku.Kirana terkejut melihat kedatangan aku.
                “Hye Iman” balasnya dengan suara teragak-agak.Qasrina yang disebelahnya hanya diam membatu.
                “May I see u for a while?”
                “Ohh…sure”
                “but..saya nak jumpa awak sorang”
                “o..ookey” Aku dan Kirana pergi ke tempat yang agak terlindung  dari orang.
                “Emm..best tak Kirana, sepanjang aktiviti camp ni tak ada aku”,peril aku.Hilang bahasa saya-awak sudah berganti dengan aku-kau.
                “Best sangat!”
                “Tulah aku pun best, tak payah jumpa kau.Muka cantik tapi sayang hati langsung tak seiring dengan muka”
                “Thanks cakap I cantik”kata Kirana sengaja melengok-lengokkan suaranya supaya dapat membangkitkan api kemarahan aku.Aku marah? Tidak sama sekali.
                “Tapi cantik lagi cleaner sekolah kita ”balas aku dan sengaja aku buat-buat ketawa.
                “Eh!Watch you mouth!Maybe u lupa yang I ni anak Dato Azman, Bila-bila masa sahaja I suruh papa I bagi tahu yang ..”
                “Yang aku ni apa?Eh Kirana kau ingat ea.Tak semua dalam dunia ni kau boleh dapat.Kau tahu kau tu menumpang harta papa kau je.Kau tak kaya tapi papa kau yang kaya.Sekarang ni memang kau kaya tapi akan datang belum tentu kau kaya.”kata aku lalu pergi meninggalkan Kirana.
                “Iman,siap kau!Mak cikgu, bapak pensyarah tapi anak kurang ajar.Didik anak dululah baru didik anak orang”,tidak jadi aku meneruskan langkah,aku patah balik kea rah Kirana,paling aku pantang kalau orang melibatkan ibu dan baba.
                “Thanks sebab kata ibu and baba aku macam tu, Tapi bila-bila masa sahaja aku boleh bagi tahu apa yang kau dah buat dekat aku semalam.Aku tak akan pernah maaf kau seumur hidup aku”kata aku lalu pergi meninggalkan Kirana.Tanpa disengaja airmata aku merembas keluar.Iman stop it!

               


               




No comments:

Post a Comment