Wednesday 26 October 2011

benci tanda sayang 3


BAB 3

            “Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku dan kawan-kawan asramaku menyertai camp ini”, bisik aku di dalam hati. Bagaimana kami dapat menyertai? Uhh panjang ceritanya.pendekkan… Selepas tamat waktu sekolah, masing-masing menuding jari siapa yang akan beritahu Pn Jamaliah.
“Siapa yang nak cakap dengan Pn Jamaliah nanti?” tanya Insyirah kepada kami.
“Apa kata, Kina yang cakap.Yelaa mak kau kan rapat dengan Pn Jamaliah”kata Zafira atau lebih tepat lagi dikenali Slowma.
“Alah, kau jela yang cakap Slowma. Muka kaukan suci je..Macam budak tak pernah buat kesalahan  gitu, perangai kau, aku tengok dah macam perempuan Melayu terakhir lainlah aku, aku kan nakal dekat asrama”, balas Kina sedikit menyindir.
“Alah senang cerita, kita minta Athiera dengan Yana yang cakap, yela Athierakan penolong ketua asrama. Yanakan pandai membodek”,cadang aku dan mengharapkan Kina dan Slowma berhenti sesi sindir-menyindir yang boleh mengakibatkan tidak puas hati sesama  sendiri.
“Bagus juga,aku boleh je”, balas Yana.
“Aku pun”, Athiera juga sudah memberi lampu hijau.
Selepas pulang dari sekolah, Yana dan Athiera terus menuju ke pejabat. Sesudah mereka mengatakan hasrat untuk menyertai Perkhemahan Perdana pada Pn. Jamaliah, pada mulanya berat untuk Pn Jamaliah mengizinkan  kami menyertai, al-maklumlah banyak risiko hendak lagi di dalam hutan. Lagipun pengurusan asrama dan sekolah berlainan pentadbiran. Puas mereka memberi hujah yang kukuh. Akhirnya Pn Jamaliah mengizinkan dengan syarat sampai sahaja di sana haruslah berkelakuan baik.
             Cikgu Azhar memberi sedikit taklimat sebelum kami memulakan perjalanan.
“Kalian dikehendaki menaiki bas mengikut kelas masing-masing”, arah Cikgu Azhar sambil kami mengangguk tanda faham.
“Iman tak bestlah macam ni,aku baru je nak usha Haziq”,kata Pika dan aku hanya mampu tersengih.
Tidak sangka boleh tahan ramai juga yang menyertai  Perkhemahan Perdana ini. Mata aku meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba mata aku tertancap pada wajah yang aku tidak inginkan kedatangannya.
“Alah dia pergi ke?” bisik aku tapi didengari oleh Slowma.
“Siapa yang pergi Iman?’kata Slowma dengan suara yang boleh tahan kuatnya.
“E’ee minah ni, bila masa suara dia kuat, selalunya suara dia tu macam suara semut. Eh.. semut ada suara ke?” desis aku di dalam hati.
“Ehh tak ada apalah, kau ni cakap bukan main kuat lagi nak kasi Kamil dengar ke “, bisik aku di telingga Slowma. Slowma hanya mampu tersengih sambil tangannya mencubit peha kananku. Taw pun malu!!!
         Semasa aku menggalas beg-beg aku, tiba-tiba ada suara yang hendak menghulurkan bantuan. Ish, bencinya aku. Siapa lagi kalau bukan Mohd Ikhwan Bin  Dato Yusof.
“Iman, bagi saya tolong angkatkan beg awak.Banyaknya bawa beg ada niat nak pindah sana ke?” Tanya Ikhwan sambil mengangkat kening.
“Eh… tak payah.Thanks for your offer”
“Tak apa, saya ikhlas”
“Awak boleh tak faham, saya cakap tak nak, tak nak la! Tak payahlah nak ikut saya lagi, malu la orang pandang”
“kalau saya nak macam mana”, balasnya yang mampu menyakitkan hati aku.
“Awak nak tolong saya ea?”tanya aku dengan muka yang penuh dengan seribu satu muslihat.
“Sure my dear”
What??? He call me ‘dear’. Subhanallah geli geleman organ dalam badan aku tapi aku berlagak cool.
“Awak nak tolong sangatkan, jap ea…Ehh korang sini sekejap, korang ada barang-barang yang nak tolong diangkat tak” tanya aku kepada kawan-kawan asramaku yang sebanyak 15 orang  sambil tersenyum sinis kepada Ikhwan.
“Eh boleh sangat Iman, banyak gila barang aku, tak menang tangan aku”, kata Nisa. Padan muka kau, Ikhwan nak sangat tunjuk gentleman kau kan.
“Ikhwan,can you help my friends because i no need your help but they really-really need your help.Can you? tanya aku sambil menayangkan wajah penuh dengan kemenangan.Waa padan muka kau.
“Err…sure for you my lover”,bisik Ikhwan ditelinggaku semasa dia melintasiku ketika dia sedang mengangkat barang-barang kawanku.
“Whateverlah Ikhwan. Janji kau dah kena dengan aku”, bisik hati kecilku.
           Rupa-rupanya, ada beberapa pasang mata yang memandang dengan pandangan yang tidak puas hati kearah kumpulan vogcess ketika insiden itu berlaku.
“Kirana, u tengok Iman tu, tergedik-gedik dengan Ikhwan,E’ee meluatlah I tengok dia dengan kawan-kawan dia tu”, kata Qasrina sambil menayangkan muka yang penuh dengan kebencian.
“Be the cool baby, I’m Kiranalah anak Dato’ Azman, u just relax okey. I tak pernah tak dapat apa yang I nak”, balas Kirana sambil tersenyum penuh muslihat,
“What your plan?”
Kirana membisikkan sesuatu yang dirancang ditelingga Qasrina apa yang ingin dia lakukan kepada Iman.
“Iman, sampai hati kau buat Ikhwan macam tu. Tapi aku tak boleh bla la tengok muka dia, merah padam muka dia.Dengan cuaca yang agak panas.Kesian kot tengok dia”, kata A.G.
“Hati aku memang dah sampai…Sampai dekat hatilah.Lantak dialah. Malas aku nak pikir,lagipun korang juga yang untung, ringan beban korangkan.Apa kata program bersamamu tu, hulurkan tangan ringankan beban”, balas aku.
“Iman, slow down your voice, Ikhwan duduk kat sebelah seat kau je”, bisik A.G
“What!!!” hampir aku terjerit, cepat-cepat aku cover.
“Weyh A.G kasi aku duduk tepi tingkap.Please A.G”sambil menyangkan muka 5 sen aku.
“Aku tak bolehlah Iman,aku kalau tak duduk tepi tingkap, aku rasa nak muntah,kau tahukan aku macam mana”
“Tak apa lah”
“sorry Iman”
“It’s okey”
Letak sahaja kepala aku terus tertidur.Inilah kelemahan aku, aku mudah tertidur apabila dalam perjalanan.Sampai Baba selalu cakap,Iman ni kalau suruh tunjuk jalan nak balik rumah entah tahu ke tidak.Perli Baba dan Ibu hanya mampu tersenyum melihat aku sudah menarik muncung.
            “Ya allah, cantiknya dia.Walaupun dia tidut tapi still nampak cantik, tak nampak hodoh pun.Tenang je”, bisik Ikhwan di dalam hati.
“Oit, Ikhwan. Kau usha Iman ea”, bisik Fauzan sambil menyiku lengan Ikhwan.
“Subhanallah, ish kau ni, lemah semangat aku”
“What are u say SUBHANALLAH, Ikhwan are u sick, kau selalunya cakap ‘OH MY GOD’ not SUBHANALLAH, sejak bila ni”
“Kitakan agama Islam, banggakanlah dengan perkataan ‘alhamdulillah’, ‘sunhanallah’, ‘masyaallah’. Itukan perkataan yang menunjukkan kita mengingati-Nya.
“Tapi sebelum ni kau tak macam ni, your life lebih kepada barat”, tanya Fauzan dengan muka yang pelik.
“kau nak tahu tak sejak bila?”
“Bila?”
“Sejak, aku kenal Iman, kau tau sebelum ni ramai perempuan yang gedik-gedik dengan aku tapi Iman lain weyh.Tadi dia siap buli aku lagi.Sebelum ni, aku selalu nampak dia dengan kawan-kawan dia solat sunat dhuha.Aku solat lima waktu pun ada yang lubang.Malu weyh”
“Alhamdulillah, akhirnya sedar juga kawan aku ni”, kata Fauzan sambil menepuk bahu Ikhwan.
Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh Atie iaitu salah seorang ahli vogcess yang duduk dihadapan seat mereka.
        Kami tiba di Sungai Congkak, Hulu Langat pada jam 12.00 tengahari.
“Okey pelajar, sekarang ni kalian boleh pergi makan, lepas makan kita dirikan khemah.Selasai mendirikan khemah, kalian boleh rehat dan tunggu azan zuhur, kita akan solat Jemaah di situ”, arah Cikgu Firdaus sambil menunjukkan tempat solat.
Semasa aku dalam perjalanan hendak menuju kearah kawan-kawanku untuk makan bersama, entah apa silapnya. Kaki aku tersadung pada kaki Kirana menyebabkan makanan dan minuman aku habis tumpah. Paling malang lagi terkena pada bajuku.
“Ops sorry!I tak perasan”, kata Kirana sambil menyangkan muka yang sukar ditafsirkan olehku.
“It’s okey, maybe saya yang careless”
“Iman are you okey?”tanya Ikhwan dengan muka yang risau.
“Eh Ikhwan. Dah lama tak jumpa u, sombong ea u sekarang”, kata KIrana sambil melentok-lentokan tubuh badannya.
Aku mula rimas melihat drama mereka terus beredar dari situ dan langsung tidak menjawab pertanyaan Ikhwan.
“Ehh, Iman kau kenapa ni?”Tanya Athiera.
“Tak ada tadi makanan aku tumpah, habis baju aku kotor.Ni aku nak pergi tukar baju kejap”
Aku sungguh terharu kerana kawan-kawanku menunggu aku untuk makan bersama. Kami berkongsi makanan bersama-sama. Selepas solat zuhur, kami berehat di khemah masing-masing.Alhamdulillah, aku dapat sekhemah dengan Atie,Yana. Athiera dan Farah.
“Weyh boleh tak aku nak lepak dekat tepi sungai?” tanya aku kepada mereka.
“Boleh, dengan syarat jaga keselamatan taw”, balas Athiera yang sungguh prihatin.
`”orait bos”
“Ya Allah bestnya duduk sini`, tenang je…setenang air sungai yang mengalir’desis hati kecilku.Aku mengeluarkan diari aku dan mula mencoret kenangan-kenangan aku, samaada yang manis mahupun yang pahit.Semua aku luahkan pada diari aku iaitu si penyimpan rahsia.
Entah mengapa aku berasa sungguh sayu.Tiba-tiba sahaja, aku terbayangkan wajah arwah kakak. Arwah kakak meninggal dunia dua bulan sebelum aku mengambil PMR.Pada masa itu,aku asyik menangis,termenung dan paling menyedihkan otakku langsung tidak boleh menerima satu pun  pelajaran.Baba dan ibu mengambil aku dari asrama dan berjumpa dengan seorang ustaz.Aku hendak pulih memakan masa satu bulan.Lepas baba hantar aku pulang ke asrama, aku jadi sedikit kuat dengan bantuan kawan-kawan aku. Merekalah yang tolong aku dalam pelajaran.
“Kak Aleesya, kenapa akak tinggalkan Iman awal sangat, siapa yang nak tidur dengan Iman,siapa yang nak dengar cerita Iman, siapa yang nak gaduh dengan Iman?”aku selalu mengeluh apabila mengenangkan pemergian arwah.Tapi aku harus menerima ketentuan Qada’ dan Qadar kerana kepada_Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

No comments:

Post a Comment